Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Allah menciptakan manusia dikelilingi makhluk lain yang bermacam sifat dan rupa untuk kebaikan manusia. Dunia memacu laju ke arah kemajuan mengubah landskap kehidupan manusia dari zaman ke zaman. Dunia kapitalis menghambakan manusia kepada kekayaan tidak mengecualikan siapa pun. Antara dua nasib, mengejar kemewahan melimpah ruah atau sekadar mengalas perut diri dan keluarga, corak kehidupan insan telah berubah.
Mahu atau tidak, usaha gigih kita harus disimpan demi masa depan. Simpan untuk diri sendiri agar tenang beribadah di kemudian hari atau menyimpan untuk anak dan generasi adalah antara pilihan yang ada, tetapi pilihan cara menyimpan hasil usaha hari ini untuk masa depan sangat terhad.
Emas adalah hasil bumi yang digunakan sejak era Ashabul Kahfi dan Firaun tidak dapat dinafikan keupayaanya menyimpan nilai. Ketika Nabi Muhammad saw hidup sekitar 1400 tahun dahulu, nilai seekor kambing dengan berat emas senilainya masih sama dengan nilai kambing dengan berat emas yang sama. Ini lah keadilan kehidupan. Bukan berkerja untuk RM 1000 hari ini tetapi 5 tahun akan datang nilai RM 1000 itu menurun mengikut perkembangan inflasi.
Cukup sebagai pengenalan di sini, Insya Allah akan disambung lagi.
Assalamualaikum..
0 comments:
Post a Comment